SEREMBAN: Gara-gara bertanya bau busuk petai dalam tandas rumah, seorang pelajar tingkatan tiga retak jari manis akibat dibelasah bapanya yang terasa seolah-olah terasa disindir. Dalam kejadian jam 10.20 malam, 11 Disember lalu, di rumah mereka di Kampung Sekolah, Ampangan, dekat sini, mangsa dikatakan baru keluar dari tandas rumahnya.Mangsa kebetulan bertemu ibunya di dapur dan bertanya mengenai bau petai dalam tandas. Pertanyaan mangsa yang belajar di sebuah sekolah di Ampangan itu didengari bapanya yang sedang berehat di ruang tamu.Bapa mangsa, 44, seorang penganggur, terasa dia disindir dengan pertanyaan itu dan menganggap mangsa kurang ajar.Ini menyebabkan dia membelasah anaknya dengan tali pinggang hingga mengakibatkan jari manis mangsa retak ketika cuba menahan libasan tali pinggang berkenaan.
Harian Metro difahamkan, pada awalnya mangsa dan ibunya tidak mahu membuat laporan tetapi selepas berbincang bersama keluarga, mereka kemudian membuat laporan polis, Rabu lalu.Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohammad Abdullah tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian itu tetapi difahamkan polis menyiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.[Harian Metro Online 20Dec2004]
Wanted to laugh but ended up asking myself - apa nak jadi dunia sekarang ni?
No comments:
Post a Comment